Friday, May 22, 2009

BILA HAKIM BEROK BUAT KEPUTUSAN PERBALAHAN MANUSIA

INI CERITA RAKYAT


OLEH KERANA
Penghulu tidak puashati dengan keputusan Tok Wali Hakim yang membenarkan peladang aaa sebagai pengurus ladang yang sah, maka diarahkan oleh Penghulu supaya peniaga teh iii membuat rayuan ke atas lagi.

Penghulu yang memang suka pada peniaga teh iii kerana mereka dari satu keturunan iaitu keturunan lanun yang telah kaya raya mengerjakan harta rakyat secara rampasan dan juga secara tipu.

Maka Penghulu pun memberikan jaminan kepada peniaga teh iii bahawa mereka akan menang sebagai siapa pengurus ladang yang menjadi rebutan itu.

Penghulu pun meminta pihak penghakiman supaya melantik 3 ekor beruk supaya menjadi hakim bagi membatalkan keputusan Tok Wali Hakim yang mengesahkan peladang aaa sebagai pengurus ladang yang sah.

Bertanyalah juga beberapa Ketua Kampung kenapa Penghulu melantik beruk sebagai hakim?

Penghulu menjawab mudah: "Kita kan ke arah undang-undang rimba!"

Dijamulah oleh Penghulu akan 3 ekor beruk tersebut dengan pisang dan beberapa buah-buahan tempatan hasil usaha Penghulu terdahulu. Kemudian diberikan arahan kepada 3 ekor beruk itu sebagaimana memberikan arahan kepada beruk panjat kelapa. Ada tali di leher!

Dalam sidang penghakiman yang dihakimi oleh 3 ekor beruk itu, maka disahkan pula peniaga teh iii sebagai pengurus ladang. Sedangkan memang orang ramai tahu bahawa ladang itu adalah pengurus sebenar peladang aaa yang diamanahkan oleh orang ramai supaya peladang aaa menguruskannya.

Peniaga teh iii yang menjadi kuda tunggangan Penghulu telah merampas hak tadbir ladang tersebut secara haram dan di luar batas undang yang dibuat oleh manusia.

Bila orang ramai bertanya bagaimana Penghulu boleh melantik 3 ekor beruk menjadi hakim pada manusia?

Orang muda kampung itu menjawab: "Penghulu kan sedang merancang melaksanakan undang-undang rimba untuk manusia! Kalau tak suka pada undang-undang rimba. Baik dari sekarang kita sekat dan tumbangkan Penghulu bersama kuncu-kuncunya yang membawa dasar lanun itu!"

Orang ramai pun tersenyum menganggok. Dalam hati berkata: "Beruk beri pisang, macam lembu beri garamlah. Usahkan kampong, negeri pun boleh tergadai!

SELADANG: Suka tengok beruk zoo makan pisang buang kulit.

4 comments:

a.b geldofg said...

aku suka tgk berok pjt kelapa

Makcu said...

da namanyaaa berukk.. sian beruk2 tuh..x ckup pisang lagi kot..

abgBro said...

akibat berhakimkan beruk..last2 beruk juge yg untung!! cilakak tul!

err tuan seladang ni L.mankadir?

mamai said...

lepas nie kita lantik raja pakai gajah pulak....