Monday, May 18, 2009

PENANTI: Layunya Kejantanan Umno - LAWAN KALAH TAK LAWAN SALAH !

NAJIB Rosmah mengumumkan Bn tidak meletakkan calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang bukan saja memeningkan kepala ahli Umno/Bn, malahan ianya juga mungkin memeningkan juga kepala Najib Rosmah sendiri.

Lawan kalah tak lawan salah, mungkin itu salah satu konsep slogan 1 Malaysia Najib Rosmah dalam menghadapi pilihanraya kecil era kepimpinannya sebagai Presiden Umno/Bn.

Pasti memeningkan kepala Najib. Entah berapa ramaikan para pemimpin Umno/Bn yang akan mempersoalkan tindakannya itu. Mereka mungkin menyalahkan Najib Rosmah jika kejantanan Umno selama ini tiba-tiba terkulai layu begitu saja tidak sempat masuk gelanggang.

Apa kata Mahathir idola Najib Rosmah yang mengharapkan Bn bertanding di PRK DUN Penanti? Saranan Mahathir itu mungkin tidak mahu rakyat terutamanya ahli Umno menganggap Umno pengecut dan tidak berpengaruh! DUN Penanti adalah kawasan Melayu! Kalau Umno/Bn takut di kawasan Melayu bagaimana dengan kawasan majoriti bukan Melayu?

Mereka mungkin tidak faham bahawa Najib Rosmah harus menjaga emejnya selaku Presiden dan juga PM agar tidak tercalar di awal-awal lagi. Pengalaman kalah di setiap PRK DUN atau Parlimen selepas PRU 12 mengajar Najib Rosmah menjaga emejnya.

Emej Umno sudah lama runtuh dari hati rakyat. Najib Rosmah mungkin mahu memulihkannya dengan memberikan ahli Umno menyimpan perasaan untuk dilonjakkan pada PRU 13 nanti.

Tetapi rata-rata rakyat sudah dapat menilai kemampuan Najib Rosmah menerajui Umno! Mereka boleh menilai kemampuan seorang pemimpin yang satu ketika beriya-iya menggunakan tekanan beberapa sudut untuk segera mendapatkan kerusi Presiden Umno seterus PM dari Pak Lah.

Mereka amat mengharapkan Najib Rosmah menjadi hero Umno/Bn bila menggantikan Pak Lah yang dimomokkan sebagai Pm kuat tidur. Tetapi dengan pengumuman ini jelaslah Najib Rosmah melayukan kejantanan Umno/Bn.

Alasan yang diberikan oleh Najib Rosmah bahawa kekosongan itu tidak mengikut Perlembagaan adalah alasan yang karut sama sekali. Alasan mengatakan PRK itu untuk Parti Keadilan Rakyat menyelesaikan masalah dalaman bukanlah alasan seorang pemimpin parti politik yang digelombongkan sebagai sebuah parti terbesar dan terkuat bukan saja di Malaysia malahan di dunia.

Bila seseorang ADUN atau MP meletakkan jawatan maka ADUN atau Kawasan Parlimen tersebut kosong dan dalam tempuh 60 hari kekosongan itu mesti diisi dan jika ada pertandingan maka pilihanraya mesti diadakan. Ini kan ada dalam peraturan SPR dan ianya adalah atas kehendak Perlembagaan negara.

Duit rakyat tidak habis! Ya memang bagus Bn tidak bertanding dan ianya menyelamatkan sediklit pembaziran duit rakyat.

Bayangkan untuk mendirikan khemah polis berapa belanjanya ? Tidak termasuk minyak kenderaan dan alaun mereka. Wang poket mereka juga mesti dikira selama hampir 12 ke 15 hari bertugas untuk membantu Bn.

Berapa banyak pula wang dan material agihan yang dilakukan menggunakan wang rakyat oleh agensi-agensi kerajaan yang dikerah oleh pemimpin Umno/Bn kepada rakyat dan pengundi di kawasan pilihanraya.

Bas, bilik hotel, rumah persendirian, upah kerja semuanya menggunakan wang rakyat secara langsung dan tidak langsung. Kalau petugas itu kecil jawatannya maka kecillah upahnya, kalau besar jawatannya besarlah upahnya!

Persoalannya adakah keputusan Najib Rosmah tidak meletakkan calon Bn di PRK Penanti maka wang rakyat selamat? Adakah wang rakyat akan selamat bila mana beberapa projek kerajaan memerlukan komisyen untuk pihak tertentu?

Sejarah yang lalu mendapati banyak projek kerajaan yang mengamalkan komisyen. Antaranya pembelian kapal selam dari Kerajaan Peranchis yang berkait dengan kes pembunuhan Altantuyya!

Slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan hanya kosong sahaja kerana Najib Rosmah meletakkan penjagaan emejnya didahulukan selepas itu barulah untuk rakyat DUN Penanti khususnya dan Malaysia Umumnya. Itupun tak tentu lagi!

Tidak meletakkan calon Bn di PRK Penanti membuka sejarah baru Umno/Bn dan ianya memberikan satu lagi penjelasan semakin tidak mampunya Umno/Bn untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat terutamanya selepas kes pembunuhan Altantuyya dan tertubuhnya rejim haram Kerajaan Perak oleh Zamry Ab. Kadir yang ditunggang oleh Najib Rosmah!



SELADANG: Lawan tetap lawan !!







4 comments:

mamai said...

dia serba salah.....pasai ramai yang menanti kat penanti

Suhaimi Said said...

Jangan kita syok di tempat orang aje, tempat kita ada bocor tak? Sila aktifkan biro penerangan. Kurang-kurang kena ada 3 ceramah kelompok setiap minggu.

Akhir-akhir ni nampaknya mesyuarat Bahagian pun dah tak hadir, nanti, jadi syok sendiri aje!

Prof. Era Pasca said...

org kate kalau buang tebiat maknnya nak mampus... hahaha BN buang tebiat tak bertanding... sempatle 3 jumaat nih...

a.b geldofg said...

dia sabar..tu yg tk nak lawan...