Wednesday, May 6, 2009

OPERASI LALANG KEMBALI !

APAKALA Mahathir berada di belakang pentadbiran Najib Rosmah kini, maka yang tergambar banyak ialah segala tindak tanduk Najib Rosmah akan sehala dengan apa yang pernah dilakukan oleh Mahathir 22 tahun memerintah Malaysia dulu.

Memang terlalu geram Mahathir bila melihat Pak Lah yang menggantinya amat berlembut dengan musuh-musuh politik. Oleh itu adalah diantara sebab besar mengapa Mahathir begitu marah pada Pah Lah.

Rejim Mahathir yang amat perit dinikmati oleh rakyat Malaysia 22 tahun lalu kini kembali semula. Najib Rosmah yang menjadi patung kepada satu rejim yang mungkin belajar dari Yahudi tidak boleh buat apa-apa kerana menjaga hal-hal pribadinya sendiri.

Penangkapan ISA tiga orang selepas Najib Rosmah melepaskan beberapa orang dari Kemunting adalah bunga yang mula mengeluarkan putik.

Terbaru penahanan aktivis Bersih Sdr Wong Chin Huat semalam dan diikuti penahanan cara kasar dan rakus oleh pihak SB terhadap Sdr. Mat Sabu (Naib Presisden PAS) dilihat sebagai putik yang mula menyuburkan buah dalam usaha Kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah melaksanakan ISA secara bermaharajalela.

22 tahun lampau Mahathir dilihat bagaikan hendak membunuh demokrasi di negara ini tetapi tidak kesampaian apakala rakyat bangun 1998 meruntuhkan sedikit keegoaan Umno/Bn.

Mahathir berundur dan Pak Lah mengambil tempat dengan cara pendekatan istimewanya. Namun usaha Pak Lah ini boleh menyuburkan demokrasi dan bukan menyegarkan 'kediktatoran' sebuah kerajaan yang membelakangkan mandat rakyat.

Perampasan kerajaan mandat rakyat oleh Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah membuatkan Mahathir kembali yakin untuk menguasai kerajaan melalui tindak tanduk Najib Rosmah yang sehaluan dengannya.

Oleh itu dijangka 'operasi lalang' kembali semula untuk mengurung tanpa bicara pejuang-pejuang demokrasi tanahair. Ianya dilakukan atas kerakusan pimpinan Umno/Bn yang mahu terus berkuasa sehingga ke anak cucu mereka.


SELADANG: Demokrasi akan hanya tinggal kenangan.


2 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

orang tua yang dah nyanyuk dan orang suruhan yg gila seks..

D'Rimba said...

Benar kau seladang pandai meragut kata membongkar rahsia tersembunyi di sebaliknya.....Satu lagi bangsa Melayu di kampung jadi petani pesawah padi bertungkus lumus akhirnya yang kaut untung banyak pekilang hasil daripada penswastaan mereka perlaksana tegar acuan barat. Kesian bangsa kita terus menjadi mangsa dulu dan kini silih berganti...