Monday, May 11, 2009

AWAS VIRUS H1N1: LONGGOKKAN FRU DI BANGUNAN KERAJAAN PERAK

AWAS !! Satu lagi episod yang diagendakan oleh H1N1 mungkin akan berlaku di DUN Perak sebaik saja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan tersebut memaksa Zamrey dan kuncu-kuncunya mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Kerajaan Perak itu kalau tidak ianya melanggar keputusan mahkamah.

Namun yang sedang difikirkan kenapa FRU mula dilonggokkan di bangunan keramat itu? Adakah mereka mahu melindungi sesuatu yang kurang baik dilakukan di dalam bangunan itu agar orang ramai tidak tahu.

Atau mereka mahu menyekat Nizar bersama barisan exco dan ADUN Pakatan Pakyat memasukki dan menduduki kerusi hak mereka?

Apakah suatu lagi insiden yang tidak diingini akan berlaku di DUN Perak seperti berlaku kebiadapan mencabul demokrasi oleh ADUN Bn dan polis pada 7 Mei 2009 lalu?

Adakah polis pulak akan membantu Bn untuk menawan DUN Perak dan suatu corak kebiadapan akan dilakukan terhadap Nizar seperti yang dilakukan kepada Speaker PR?

Apakah Speaker Haram Bn boleh menjalankan tugasnya dan semudah itu mengizinkan ADUN Bn yang telah digantung oleh Speaker PR dulu turut sama berada dalam DUN?

Siapakah yang mengesahkan Speaker Haram Bn boleh menjalankan tugasnya? Kalau ditanya kepada Umno / Bn serta pencacainya pastilah mererka kata boleh seperti juga mereka mengampu ketika Zamrey dilantik sebagai MB dulu. Ini berhakim kepada beruk namanya!

Oleh itu berbagai kekecuhan akan berlaku! DUN Perak akan menjadi sasaran lanun politik sekali lagi untuk meraih kuasa mengenepikan mandat rakyat dan keputusan mahkamah.

Seribu satu macam tanggapan rakyat kepada gelagat polis meletakkan FRU di Bangunan Kerajaan Perak. Ini menambahkan lagi kebencian rakyat kepada Umno/Bn.

Jika Hishamuddin masih mahu menggunakan kuasa polis dan Najib Rosmah pula menggunakan para pentadbir untuk menegakkan kembali kerajaan Umno/Bn di Perak dalam gelombang slogan 1 Malaysia maka virus H1N1 akan melanda politik demokrasi Malaysia malahan ianya juga akan menyedarkan rakyat dan menenggelamkan Umno/Bn itu sendiri.

Oleh itu amatlah bijaknya jika pihak tertentu mencadangkan dan mengizinkan DUN Perak dibubarkan dan serahkan kembali kepada rakyat untuk menjadi hakim memilih sebuah kerajaan yang dibentuk atas amalan demokrasi.


SELADANG: Suara Rakyat Suara Keramat!

4 comments:

a.b geldofg said...

entahlah labu

Prof. Era Pasca said...

FRU borink kut kat balai... so nak buat kerja amal melindungi mamak... MAMAK TOLONG BEREDAR DAN BERSIHKAN NAJIS ANDA DARI SUK!!

abdrahim kassim said...

Dulu dia jaga untuk Zambry. Sekarang dia jaga untuk Niza pulak. Dah keroja dema....

mamai said...

sangka baik ku terhadap FRU tu mereka nak beri laluan pada Nizar supya boleh masuk dengan mudah ke SUK.....

Sangka baik ku buta Polis..mereka akan escort Nizar dari rumah sampai pejabat supaya tak tersekat dalam jem...