Thursday, May 14, 2009

BADI KERAJAAN LANUN PERAK: Pemimpin Umno Bn tak banyak yang bersuara ! TAKUTTTTTT .....

TIDAK ramai pemimpin Umno dan Bn bersuara secara terbuka membela Zamry sebagai MB Perak (haram) dan mengulas krisis politik Perak kini.

Hanya Zamry - Najib Rosmah - Tengku Razaleigh - Mahyuddin yang banyak mengeluarkan kenyataan. Sementara itu orang veteran Umno pula ialah Aishah Ghani - Sabaruddin Chik - Mohammad Mat Taib. Yang lain kelu membisu. Tak tahulah kalau mereka bercakap di kedai kopi.

Kenapa begitu? Kenapa membiarkan ketua lanun politik dari Pulau Pangkor bagaikan keseorangan beriya-iya mempertahankan rejim haramnya itu?

Selama ini asal ada saja isu berebut-rebut pemimpin Umno semua perengkat membuat kenyataan! Bila krisis Perak semuanya senyap menikus.

Kenapa begitu?

Kerana krisis yang ditimbulkan oleh Najib Rosmah merencanakan rampasan kuasa secara haram bersandar kepada istana mempunyai badi tertentu untuk pemimpin Umno terutamanya para ADUN dan Ahli Parlimen Perak.

Mereka melihat rakyat sedang menyampah dengan gelagat yang berpanjangan oleh telatah Zamry yang mengikut telunjuk Najib Rosmah agar krisis Perak ini tidak selesai.

Rakyat juga sedang memerhati siapakah yang menunjukkan hidung belang dalam krisis Perak ini bersekongkol dengan Zamry!

ADUN dan Ahli Parlimen Perak mungkin merasakan jika ada Pilihanraya Kecil Negeri atau Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, jika mereka bersuara dalam krisis Perak ini, bukan saja rakyat akan menolak malahan dijangka ahli Umno dan Bn juga akan menolak mereka.

Ini disebabkan gelagat sumbang pemimpin Umno yang beriya-iya kononnya hendak memperjuangkan rakyat antaranya menghurmati mandat rakyat tetapi kerakusan Zamry yang menjadi kuda tunggangan Najib Rosmah telah membelakangkan rakyat!

Rakyat Perak sudah bosan dengan krisis yang tak sudah-sudah selagi Umno/Bn memerintah. Selagi Zamry mengetuai rejim haram Perak itu selagi itulah rakyat Perak terus menyampah dengan Umno/Bn!

Badi yang dibawa oleh Najib Rosmah dibebankan atas belakang Zamry hanya seolah-olah diperhatikan sahaja oleh ADUN dan Ahli Parlimen Perak.

Bukan itu saja, pemimpin Umno di negeri lain juga ikut sama menikus kerana mereka berfikir sama; jika berbunyi rakyat akan menyampah dan menolak mereka! Kerana itu lebih baik diam dan menyerahkan pada Zamry - Najib Rosmah - Polis - Mahkamah dalam mempertahankan rejim haram Perak itu.

Usaha ADUN Umno Perak membuat aduan polis menuduh penyalahgunaan kuasa Speaker sah Perak adalah antara badi yang akan menunggu untuk mereka disingkirkan oleh rakyat melalui Pilihanraya Kecil atau Umum akan datang!

SELADANG: Berfikir tentang keberanian Gerakan dengan MCA syorkan DUN Perak dibubarkan?

6 comments:

Pak Lubis said...

Zamri hanya menjadi alat Najib tanpa sokongan penuh dari YB Umno yang lain. Zamri masih tak sedar yang YB Umno pun meluat tengok muka dia....

mamai said...

maka terlompat-lompat la si kambing hitam mencari ibu....bila la nak kena korban kambing hitam nie

a.b geldofg said...

saudagar kendi dari bnua sberang tu..blum smpat lagi.mgali emas perak..utk saudara mara dan rakan taulangnya....kasi lah pluang bro

tkkan dah balik jual roti canai semula....paling2 lepas ni ada rstoran kari kepala ikan yg dibuka 24jm

Prof. Era Pasca said...

hehehe tok peran... kawan kite ali ketam, adnan yaakob dan ahmad said pun tak terkate ape, sebab ape takterkate ape.. kerene negeri yg mereka jajahi pun ditentang puak gerombolan sindri... hehehe

Suhaimi Said said...

Tolong cerita sikit kenapa 3 tombak, satu sarung parang dan satu parang tlanjang, ada makna ke?

Seladang said...

Abang Mi.

3 lembing mata ke atas ertinya menjulang perjuangan agama, rakyat dan tanahair.

1 bilah badik dan sarung ialah senjata yang boleh menetak, menangkis, mericis, mengerat, menyembelih, meraut, mencicang dll. Ertinya badik (merupai parang) adalah senjata utama bagi seorang Tok Peran yang suka bermain hutan.

Seladang pula: Abang Mi faham-fahamlah sendiri .....