Tuesday, April 28, 2009

BILA LEMBU DITINDIK HIDUNG

PAGI tadi aku senyum sendirian bila tiba-tiba lembu jantan aku yang berusia 2 tahun lebih itu menghampri aku dan menjilat-jilat lengan aku.

Lembu jantan aku ni masa kecilnya memang suka berkejaran di kawasan rumah aku. Ianya menjadi hiburan kepada keluarga aku dengan gelagatnya melompat dan tekun makan rumput di kawasan halaman.

Bila usianya menjangkau 2 tahun, ia dah mula buat hal. Ada masa balik ke kandang, ada masa ke kandang lembu jiran. Nak cari apa itu aku tak nak sebutlah ....

Lama-lama terus tak balik-balik. Tinggallah lembu-lembu betina dan jantan jaras saja yang pagi ke padang dan petangnya pulang ke kandang. Si lembu jantan terus bertandang.

Hampir 3 bulan ianya bertandang, aku tak sedap hati juga. Tak kan lembu kita orang jaga. Lalu aku tangkap. Susah juga nak bawa balik ke kandang belakang rumah aku. Ianya tak mahu berjalan. Hampir 20 orang anak muda kampung tolong aku mengheret lembu jantan itu pulang.

Sampai di kandang. Si Lembu jantan ini ditambat lehernya dengan tali dan diikat pada batang kayu tepi kandang.

Esoknya aku dengan adik aku dan beberapa orang rakan menindik hidungnya! Dua hari lepas ditindik hidung aku pun lepaskan tali pengikat tapi masih dikurung dalam kawasan rumah aku.

Seminggu kemudian aku lepaskan ia dengan kelikir masih dihidung. Baik sungguh! Taat sungguh! Pagi lepas petang balik, ada masanya tengahari dah balik.

Rupanya lembu kalau kena tindik hidung memang taat, memang setia, memang bodoh!


SELADANG: Bukan dari baka lembu!

7 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

tapi bro ada gak lembu yg pakai cermin mata....siap jadi kepala ngo lagi..

Baginda Reformasi said...

tapi ade gak lemu betina yg dicucuk idung... itu belum kira lembu pki songkok tinggi pun kene cucuk idung... lembu botak separuh kene cucuk idung ngan lembu lain... heheh

Makcu said...

lembu jantan yg bodoh mmg akan lagi bodoh kalo terpegun dgn lembu betina yg pakai gincu bibir merah & berambut besar..ekk lembu ade rambut kee...

fajridil adha said...

pencacai ameno hampir semua dicucuk hidungnya.. [my blog]

Mamai said...

dalam sungguh maksudmu yer....orang kata kalau nak lembu lagi jinak kena bagi makan garam betul ker aku tak tahu....kalau orang nak jinak aku tahu nak bagi makan apa....

Seladang said...

Salam kepada semua sahabat yang mengunjung ....

Entahlah aku pun tak berapa reti nak jawab - aku ceita tentang kerenah lembu jantan aku aja.

Raja Fiqri Fauwaz said...

kasar sindiran ni.. hehehe..