Thursday, April 2, 2009

Puisi: SELAMATLAH KAMU

Letakkanlah jawatan kamu itu
kerana itu menyelamatkan kamu dari malu!

Bangunlah dari kerusi empok itu
Kerana kamu sudah tidak diperlu!

Serahkanlah segala yang kamu rencana
Agar tidur kamu lena!

Peluklah isteri kesayangan kamu
Dalam keasyikan yang tak jemu-jemu!

Nikmatilah kekayaan kamu
Upahan kamu kerja dulu-dulu!

Lupakanlah rakyat jelata
Yang kamu tinggalkan siksa derita!

Jabatlah tangan penyerahan paksa
Pada tangan kasar rakus berkuasa!

Catatkan di dairi kamu
Sejarah kelemahan kamu yang lalu!

Selamatlah kamu
Meninggalkan rakyat haru biru!

SELADANG
genting sempah
2 mac 2009

1 comment:

Bila Diary Bercerita said...

Penyerahan kuasa dengan cermat
belum tentu 'menantu' boleh selamat!