HAYATILAH PUISI SAHABATKU INI
SYAHDAN
tersebutlah kisah
di suatu ketika
betapa Raja Melaka
demi menafsui
Si Puteri Ledang
sanggup ia
merampas setiap
saga emas dan perak
rakyat Melaka.
Betapa Raja Malaka
menghukum bunuh
Hang Tuah yang amat setia
kerana fitnah Karmawijaya,
betapa Raja Melaka
sepenuh relanya
menjadi penyembah
Maharaja Benua
menghantar ufti
sembah setia
kerana bukan
sekadar Hang Lipo seorang,
lima ratus dayang
jadi tambahan pemuas nafsu
pengasah ulu.
Betapa Raja Melaka
lintang pukang
mencawat ekornya
bila Melaka diserang Peringgi.
Betapa kedi...rajaan
Melaka bersemayam
sudah di muzium
kota sejarah
singgahsananya.
Betapa Melaka hari ini
sudah menjadi
sebuah kandang babi
menampung selera
sang gembalanya
yang bertahta
di pulau di hujung tanjung.
ARAKIAN kini,
tak siapa peduli
bahawa di Melakalah
terungkapnya kata-kata
"Takkan Melayu
Hilang Di Dunia"
sebagai gembala khinzirkah,
mungkin!
Aduhai peniup nafiri
yang kematian angin
janganlah kau buka
pentas sejarah
keaiban ini!
yassinsalleh
kuala lumpur
14 april 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tuan seladang lagi budiman,
saya termakan juga dengan butir2 puisi yang tuan poskan, yang entah dari tuan juga datang butir katanya, atau dari org lain yang tuan ambilkan saja untuk menerangi mata2 yang buta
saya meminati puisi, dan mengikut perkembangan politik dengan cara dan pengetahuan saya sendiri. dalam politik, segalanya bagai cereka. bagai sejarah yang diputar2 semula dan dilakonkan secara leluasa oleh handalan2nya. sungguh celaru tetapi leka
selamat menulis!
bgitu indah sajak ini...
seindah maalakaaa hari ini....
Post a Comment