Thursday, April 9, 2009

KABINET MENYUSUN LANGKAH - Awas Mahyuddin kemaraan Hishamuddin & Mukhriz.

NAJIB menyusun kabinet samada berslogankan 'kerja untuk rakyat' atau sebaliknya iaitu 'mengerjakan rakyat' belum tentu lagi! Nampak jelasnya PM ke 6 ini sedang menyusun langkah untuk menjejak urutan agenda keluarga kenamaan Malysia.

Razak Hussin diikuti oleh Hussin Onn dan seterusnya Mahathir Mohammad kemudian Abdullah Badawi adalah PM selepas Tuanku Abdul Rahman.

Adakah kini Najib sedang menyusun langkah untuk menatur jenerasi Razak - Hussin dan Mahathir diputar kepada Najib Razak diikuti Hishamuddin Hussin - dituruti Mukhriz Mahathir dan ianya akan berputar semula kepada anak Najib - anak Hishamuddin - anak Mukhriz ? Agenda penterajuan ini bagaikan mengikut kepimpinan di India satu tika dulu.

Ertinya hanya tiga keluarga ini sahajalah nanti yang akan memimpin umno dan kerajaan Malaysia?

Bagaimana dengan Mahyuddin? Jawapannya Mahyuddin bersiap sedialah untuk bertempur di Pemilihan Agong Umno akan datang. Kemunculan Hishamuddin di Kementerian Dalam Negeri amat besar ertinya kepada Najib serta perkembangan politik umno dan tanahair! Kementerian ini adalah kementerian penting yang boleh menjahanamkan atau menjaga seseorang pemimpin yang dikehendaki dan mesti ditaati!

Isu PPSMI dan ketidak tentuan displin pelajar bersama yuran yang membebankan ibubapa di sekolah adalah taik kering peninggalan Hishamuddin yang mesti dibasuh oleh Mahyuddin selaku Menteri Pelajaran.

Langkah yang berat ini tidak boleh diselesaikan dengan sewenangnya oleh Mahyuddin jika Najib tidak memberikan lampu hijau agar Mahyuddin terkangkang untuk diratah kerier politiknya bukan saja oleh umno tetapi oleh takyat.

Ini memudahkan untuk Hashamuddin melatam Mahyuddin untuk jawatan Timbalan Presiden Umno akan datang!

Mukhriz yang amat selesa mendapat rezeki besar walaupun bertugas sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa. Kementerian ini adala lubuk ekonomi, bukan saja untuk negara tetapi untuk ahli koperat yang menjadi kroni pihak tertentu.

Jangan dihairankan bila Pemilihan Umno akan datang Mukhriz akan dicalonkan sebagai Naib Presiden dan menang dengan mudah!

Telunjuk Mahathir masih berbisa pada kabinet Najib kerana Najib dibentuk oleh Mahathir. Apa yang Mahathir mahu, Najib kena tunaikan cara apa pun. Ali Rustam tidak akan bangun bersama Mat Taib dan Khir Toyo! Ianya berlaku seperti mereka yangt menjadi mangsa dulu-dulu termasuk Isa Samad, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh.


SELADANG: Tetap menunggu dan menerkam!

4 comments:

a.b geldofg said...

masih tertipu?

atau masih kena tipu?

hahahahahaha

Baginda Reformasi said...

salam peran pahang... minta tolong anda boleh.. di entri saya ada pengomen yg amat gemar berbincang... tapi sy sukar menerangkan sbb mungkin tak cukup pdi menerang atau mmg die tak cukup pdi menerima... heheh macm cikgu lak... mintak tolong tok peram jawabkan... sebab dah malas na nak jawab sebab pimai2 tangtu gak poie nye.. tapi die ok org nye.. pdi menghormati org...
terbaru..
link: http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/rasanya-masih-belum-terlambat-untuk.html

TAPI BAGINDA SEPERTI YANG SAYA KATAKAN ITU BUKAN NAK MENDAMPINGI TAPI DIA MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DIA....

ISLAM MEMANG NO SATU BAGI PANDANGAN PAS TAPI BAGAIMANA PULA BAGI PANDANGAN PKR DAN DAP????

SENANG CAKAP KALAU NAK JADIKAN ISLAM NO. SATU KENA ADA MAJORITI YANG BESAR ORG MELAYU... BARU BLEH ANGKAT ISLAM NO SATU BAGINDA KU....

UMNO TIDAK TOLAK ISLAM INI SEMUA PROPAGANDA PKR DAN PAS .. SEBAB KALAU UMNO TOLAK PAS TIADA JABATAN AGAMA YANG MENGURUSKAN HAL EHWAL ISLAM, TIADA MASJID2 DAN SURAU2 DI MALAYSIA DAN TIADA MATA PELAJARAN AGAMA DISEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH RENDAH BANG BAGINDA...

PARTI POLITIK SEKARANG SIBUK NAK PERJUANGKAN ISLAM TAPI NIALAI DAN TERAS PERJUANGAN BANYAK YANG MELENCONG SEHINGGA SEPERTI YANG SAYA KATAKAN ISLAM DIPERKUDA DAN DIPERJUDIKAN...

SEKIAN, TERIMA KASIH DAN TAHNIAH NIZAR //...

P/S :- JANGAN PULAK LEPAS NIE TANAH KAT BUKIT GANTANG DI GADAIKAN PULAK LAGI JADIKAN IANYA SEBAGAI TELADAN DAN PERINGATAN...

Basuh Baju said...

madey? sapo madey? owh yg PM tu ke..haha

adoi ai, ingtkan kabinet kali ni byk muka baru..skali semua muka tua geng madey dulu..ish3

Seladang said...

Sdr Baginda Reformasi.

Cuba kita cari bersama. Surah apakah dalam al Quraan dan Hadis manakah yang mengatakan Melayu itu Islam? Apa yang dilakukan oleh umno hari ini amat banyak menyanggah kehendak Islam. Adakah rasuah itu satu daripada rukun Islam? Mempenjara rakyat tanpa bicara adakah amalan Islam?

Islam tidak semestinya tertegak dengan majoriti! Islam tertegak dengan kekuatan iman dan takwa penganutnya dan di atas keredhaan Allah yang maha menghetong!

Mari kita singkap sejarah perkembangan Islam sejak Adam dilahirkan hingga kini. Sejarah itu sebagai contoh terbaik untuk panduan kita.

Di Madinah Nabi Muhammad SAW menegakkan Islam dalam kelompok majoriti Orang Yahudi pada awalnya.

Hanya mereka yang buta sejarah dan masih menjadi pencacai umno dengan bertopengkan Islam sahaja yang masih ragu dengan apa yang diusahakan oleh PAS. Golongan ini ialah golongan yang berpandu kepada alam nyata! Golongan ini sedikit dibawah sebagai golonbgan atheis.

Tentang membuat masjid dan Majlis Agama Islam yang dibanggakan oleh pencacai umno bahawa umno menegakkan islam, Negeri komunis China dan Thailand yang bergama Buddha juga melaksanakan perkara yang serupa!

Akhirnya mereka yang masih buta hati perut kerana kebendaan yang diharapkan dari umno akan berbuat sesuatu untuk menghancurkan PR.