Tuesday, April 21, 2009

PELANGAI - Tak Adakah Anak Jantan Lahir Di Sini?

LUANGKAN WAKTU MENGHAYATI PUISI SAHABAT ...

1

Aku pulang dari mimpi
bertahun-tahun meniti ilusi
oh semalamku
di manakah halaman permainan
ke manakah hilangnya sungai mandian
paginya merbah tidak lagi bersahutan
tengaharinya puyu dan buih
tidak lagi senda gurauan
bila redup mentari
tidak lagi kelihatan
tangkasnya murai
m,enmgejar belalang
petangnya
tidak lagi pulang kerbau
meniti permatang
rembangnya lembayung
tidak menyisir rambut awan
tiba senja
tidak lagi kedengaran
nyaring suara tabtibau tinggi melambung.

2

Aduhai
Ponson kampungku
katakanlah ini hanya selembar mimpi
katakanlah ini bukannya rasukan igauan ngeri.

Sawah yang kontang
sungai jadi longkang
hutan yang hilang
belukar tumbuh lalang.

Anak bujang di pusat serenti
dara bertudung dibawa lari
cucu pulang masakkan maggie
dagang datang jadikan menteri
mulutnyaq lancang budinya uang
bijaknya sampasi berganda hutang.

3

Duhai merdeka
inikah tamadun yang kau tegakkan
dari kata hikmatmu
Pembangunan!

Pelangai
tak adakah
anak jantan lahir di sini?

yassinsalleh
kuala lumpur
21 april 2009

2 comments:

Aishah Jamal said...

Saya suka sajak ini.

Harga sebuah pembangunan dibayar oleh maruah yang makin hilang....

awangliku said...

syg kg ku pelangai
kesian kg baru,,kg semerting,bukit gajah yg damai
mengharap org benus nk membangun kan pelangai..kirim salam le