Thursday, April 23, 2009

Isu Hutang Pahang Rm63 juta -AGAK-AGAKNYA SIAPA SANGGUP PIKUL?

KALAULAH Datuk Seri Adnan Yaakob (Long Nan) tiba-tiba mengambil keputusan samada didesak atau sukarela melepaskan jawatan Menteri Besar Pahang ? Siapa agaknya yang menggantikannya disamping memikul beban hutang Negeri Pahang yang dituntut oleh sebuah syarikat pembalakan sejumlah Rm63 juta ?

Adakah mereka ini orangnya?

1) Shahkar Haji Shamsuddin - Antara ADUN kesayangan Long Nan.
2) Ishak Muhammad - ADUN dalam kawasan Parlimen Pekan.
3) Wan Adnan - ADUN yang rapat dengan istana.

atau

1) Tengku Azlan Shah - MP Jerantut tukar suka sama suka dengan ADUN Pelangai.
2) Jamaluddin Jarjis - MP Rompin tukar suka sama suka dengan ADUN Pelangai.

Kalau tidak pun akan diturunkan seorang dari angkasaraya (bukan dewa purba dan bukan rakyat Monggolia) atas kehendak Najib Rosmah/ Mahathir Mohammad bertanding di salah satu DUN Pahang dan ADUN tersebut direhatkan?

Teringat pantun yang dipanjangkan oleh Genderal Talib Belengu:

Sungai Pahang airnya deras,
Dalam deras libang libu;
Orang Pahang hatinya keras,
Walaupun keras mudah dirayu!


SELADANG: Pandang2 - Jeling2 !!!

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

slam seladang... betul kes 63JUTA ni kes hutang atau rasua bernilai 63JUTA... pada sy kalau berhutang TOK NAN wajib bayar walaupun toknan mana munggkin ada duit sebanyak tu sbb die dr dulu MB bukan ahli bisnis... haha kalau muflis pdi2 la letak jawatan...

Seladang said...

Baginda Reformasi ...

Manaku tahu ha ha ha manaku tahu! Kalau tahu, ku buat-buat tak tahu, sebab orang ramai sudah tahu!