Wednesday, April 1, 2009

HINAKAH POLIS TANAHAIR KU ??

BILA banyak sangat akhir-akhir ini berlaku perkara yuang tak patut berlaku tapi berlaku, patut mengikut lunas demokrasi tapi ikut cara demo kasi! Terutamanya selepas perampasan kuasa oleh bn di negeri Perak!

Kemudian melaratlah kepada Bantahan PPSMI dan seterusnya menjelang dan sedang dalam kempen Pilihanraya Kecil Batang Ai - Bukit Gantang - Bukit Selambau yang mana banyak sangat larangan yang tak masuk kamus demokrasi dibuat oleh pihak polis bagi menyekat kebangkitan rakyat terutamanya para pengundi di 3 PRK tersebut.

Ianya memberikan satu gambaran bahawa pemimpin umno/bn begitu hebat mengarahkan polis seolah-olah polis itu hak umno/bn! Adakah pemimpin umno/bn menganggap polis itu seperti kaldai ? Rakyat pasti arif bahawa kerja jahat ini kerja arahan (mesti ikut) yang dibuat oleh menteri terdiri dari orang politik!

Lalu hati kecil aku berbisik! Aduhaiii polis tanahairku! Adakah kerja Polis hina? Otak aku sendiri pun tak boleh nak jawab! Kalau ada yang nak menjawab biarlah beradap!

SELADANG: Masa menjadi Pengerusi PIBG selama 5 tahun dulu selalu dapat kerjasama polis untuk jaga displin pelajar SMKDB.

2 comments:

Unknown said...

takut jugak skang ni. kang tiba2 je kena tahan dgn polis.

pastu kena dakwa.

dah tak bebas macm dulu..

hidup dalam ketakutan je..

Prof. Era Pasca said...

biar saya jawab tok peran..

polis ada 2 jenis..

a)polis jenis yg ni elok je kerja nye... dia hanya akan ikut pemimpin yang elok dan dia akan bangkang pemimpin yang tak elok.. (kalau pemimpin suruh tangkap orang yg tak bersalah takan dia nak ikut)

b)polis yang die layan je semua nye... elok perasuah ke pembunuh ke seseorang pemimpin itu dia akan ikut jugak arahan depa asal poket masuk..

jadi yg buat kerja hina pun ada... yg sggp benti keje sebab taknak terlibat dengan kerja hina pun ada...